Saturday, January 14, 2012

MAM Baby's Bowl + Fork & Spoon

arini mood happy! barang yg hubby beli online da sampai.. hubby belikan Ryan baby's bowl + baby's fork & spoon brand MAM dengan harapan pasni Ryan bole berdikari makan sendiri.. :p

sebelum ni kiteorg da belikan bowl & spoon brand lain untuk Ryan tapi suction ring kat bawah bowl tu x lekat kuat kat tray.. Ryan bole selamba je cabut.. >_<


bowl MAM ni BPA free.. ade penutup so kalo nak bawak travel senang.. yg penting kualiti suction ring kat bowl ni bagus.. memang lekat kuat kat tray.. so x dapat la Ryan nak main cabut2.. hehehe.. fork & spoon ni pun BPA free jugak.. design cute & sesuai untuk tangan baby yg kecik.. senang la baby nak pegang & belajar suap sendiri.. =)

free gift yg aku dapat MAM Baby on Board car sticker, catalogue & thank you note.. kalo korang nak tengok2 atau nak beli produk MAM g kat http://www.mymambaby.com/my

notakaki - aku suke wat review barang baby + nak share info dengan readers sume.. aku x dapat komisen tau & bukan nak show off ye.. sebab tu la aku x indicate harga.. kalo nak tau harga bole tanye aku directly.. sharing is caring! *wink wink*

Monday, January 9, 2012

Checklist Ryan Untuk Aktiviti Renang

entry kali ni nak cite sket pasal barang2 persiapan Ryan sebelum nak g berenang kat swimming pool.. memandangkan ni 1st time Ryan nak g swimming so mamanye yg terlebih excited sudaaa.. hahaha!

jom cuci2 mata tengok checklist Ryan..



1. sunblock/sunscreen lotion.. ni brand Banana Boat.. khas utk baby 6 bulan keatas.. aku beli kat watson.. kalis pasir, kalis air & selamat utk mata baby.. kena sapu kat seluruh badan baby 15min sebelum kena cahaya matahari pastu kalo nak pakai lagi pun bole gak.. ikut suke korang la..



2. swimsuit ladybird ni aku beli online kat Kissmama.. kat atas ni bukan gambar Ryan ye.. ni gambar contoh je.. tadi try pakaikan Ryan sebab da teruja la kononnye.. Ryan nampak comey sangat! da rupe ladybird lak.. kekeke!



3. car racing boat ni pun aku beli online kat Kissmama.. ade macam2 design yg cute tapi hubby berkenan yg ni.. baru la nampak maskulin.. aku lak suke hello kitty sebab kaler pink! boat ni ade stereng yg bole pusing2 cam stereng keta betul.. yg paling best ade hon hokay.. ponn! ponn! ketepi boat Ryan nak lalu.. kihkihkih!

barang2 lain yg wajib bawak towel, baju, sabun mandi, syampu, diapers, air, susu, snacks & paling penting camera! hehehe..

p/s: aku sangat berpuas ati dengan service Ms. Yoko Li dari Kissmama.. barang sampai tepat pada masanye & condition barang pun bagus.. harga sangat berbaloi2.. korang kalo nak survey2 bole la g kat www.kissmama.com

Friday, January 6, 2012

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami & Isteri Di Akhirat Kelak?


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.